Wednesday, May 14, 2008

Efisyen Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor

Dua Berita dari dua kerajaan.
Kejadia taufan ...
kalau tak silap berlaku pada 6 atau 5 Mei...
Masa mula2 umum teruk kerajaan Negeri Selangor kena hentam..
Ada yang kata Kera di hutan disusui, anak di pangkuan mati kelaparan
Sekarang ...
Taktualah siapakah yang lebih efisyen...
Tidak kira dari segi pentadbiran atau membuat kebajikan..
Bak kata Nabil...
Lu Pikir lah beb....

SHAH ALAM, Rabu 7 Mei: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan bantuan kemanusiaan RM1 juta kepada mangsa ribut Taufan Nargis di Myanmar, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknoligi dan Inovasi, Dr Rodziah Ismail

KUALA LUMPUR 13 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyeru seluruh rakyat Malaysia tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa Taufan Nargis di Myanmar yang kini berhadapan pelbagai kesulitan.

Wednesday, May 7, 2008

NAZA Cruise NBE250 ke Genting Sempah

Semalam 6/5/08 dapat MC...
Batuk kuat sangat...
Bila jam menunjuk angka 11:00 AM...
Boring..

G jenjalan kat Carrefour....
Lepas tu tak tau nak buat apa..
Isi minyak RM20....
Apa lagi idea nak test power Naza Cruise NBE 250
Sementelah nak test Givi Windshield yang baru di ubah kedudukan...

Tepat jam 12:00 bertolak

Kelajuan Max (ini je yang berani ) : 14o Kmj
Perjalanan ok....

Angin punyalah kuat...
Terutama kat kaki.....
Rasa macam tak selesa kaki di tolak angin...
Pakai trek bottom je ...
Terasa sakit kulit kena tamparan angin...
Pakai seliper....
Macam nak tercabut je selipar...

Yang menyelematkan adalah Givi Windshield..
Kalau tidak agaknya dah melayang kot...
Dan takdelah dada rasa sejuk

Sampai dalam pukul 12:18...
Best, syooookkk...
Lepas tu lepak jap...
Ingatkan nak makan kat McDonalds Genting Sempah..
:-O rasa tak seleralak..
apa lagi terus cabut balik...
Perut lapar...

Total perjananan = 50 Km aje...
Sebelum balik rumah...
Singgah beli Nasi Ayam kat Liza Satay..

Vrooooommmmm



Tuesday, May 6, 2008

Batuk, Sakit Dada, Dapatlak MC :-): Dapat Tengok Parlimen

Malam tadi tak boleh tidur...
Pagi g klinik...
Dapat MC satu hari...

Apa lagi lepak kat rumah..

Berpeluang tengok Parlimen @ Sidang Dewan Rakyat...
First time.

1. First YB Mahyuddin Yassin..
Cerita Padal Koridor Selatan dan Utara...
Katanya masih di peringkat "blue print"..
Yang disediakan oleh Sime Darby..
Juga pasal peluang kepada IKS

2. 2nd YN Nur Muhammed...
Cerita pasal nilai ringgit due to kemerosatan nilai US...
Cerita pasal Amerika tiru Malaysia..:-)
Cerita pasal Malaysia tak pinjam IMF...
Bukit Bintang DAP ada tanya : Kenaikan kos import..
Barangan eksport eg: Sawit, Minyak menjadi rugi..
Jawabnye : Pertukaran wang tak penting...
Yang penting kadar stabil...
Kena inovatif... Kurangkan kos pengeluaran...
cari pasaran eksport baru...
Pontian Tanya : Langkah Fiskal/non fiskal untuk hindar penyangak?
Cerita pasal sejarah sebelum tahun 1997...
Masa kena serang..
Semua pasal spekulator untuk beli Ringgit....
Kini ... caranya... ialah tak benar pinjam ringgit untuk dijual..

3. 3rd YB Dr Maximus... (Kota Marudu kot)
Cerita pasal program angkasawan...
Pendedahan kepada sekolah....
Bersetuju teruskan program...
Pasir Mas YB Ibrahim Ali tanya ...
sedar tak pelancar soyuz dah umur 1/2 abad...
Mahu prototaip...
Jawapan...
matlamat asal adalah pindah teknologi....
Kos yang terlibat adalah RM39.11 juta
RM16 juta - Di tanggung terus Ringgit
RM22 juta - ditanggung agensi berkaitan
timbal balas dengan be;lian Sukhoi...
Bila nak tanya lagi ...
Dari Titiwangsa....
Siaran pun habis...

Vrooommm

Friday, May 2, 2008

RTM henti siaran langsung sidang Dewan Rakyat (Parlimen)

Apa yang nak di takutkan sangat..
kalau lah betul kata2 mereka bahawa pembangkang keterlaluan..
Biar rakyat seperti aku yang buat penilaian..
Masa PRU akan datang jangan pangkah mereka...

Atau tujuan utama taknak siaran lansung...
Taknak tunjukkan bahawa wakil rakyat BN..
Macam tunggul..
Nak harap seorang je yang bersuara (YB Bung)...

Kalaulah betul pembangkang nak glamor...
Tunjukkan lagi dan lagi dan lagi dan...
Biar rakyat menyampah (:-))..

Kesimpulannye biarlah ada siaran lansung...
Supaya rakyat boleh buat penilaian sendiri..
BN takyahlah takut ...
Aku sebagai rakyat akan buat penialian sendiri masa PRU13...
Samada tolak atau terima..


KUWAIT: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kekecohan yang ditimbulkan Ahli Parlimen pembangkang pada hari pertama sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 kelmarin sebagai memalukan. Berikutan itu Perdana Menteri bersetuju dengan cadangan Kementerian Penerangan supaya Kabinet yang bermesyuarat hari ini membuat keputusan menghentikan siaran langsung itu.

Di BIDOR, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata mesyuarat Kabinet hari ini dijangka membuat keputusan berhubung cadangan banyak pihak supaya kerajaan tidak menyiarkan siaran langsung kerana kelakuan Ahli Parlimen pembangkang boleh menimbulkan persepsi negatif orang ramai terhadap persidangan berkenaan.
Powered By Blogger