Wednesday, April 30, 2008

Isu Pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)

Semalam MB Nizar teruk kena hentam dek UM..

Lepas tu banyaklak juak-juak yang tumpang hemtam sekaki..
Hari MB dah terangkan...
Yang pentingnya...
kalau tak setuju....
Letak jawatan dan bertanding dlam pilihanraya..

MB Perak pertahankan tindakan tukar Pengarah JAIP

30/04/2008 6:21pm

IPOH 30 April — Menteri Besar Perak hari ini mempertahankan tindakan mengarah pertukaran serta merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury dengan alasan mempertahankan hak dan dasar yang diperjuangkan kerajaan sebagaimana manifesto Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lepas.


Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri tidak mahu diheret lebih jauh ke dalam isu pertukaran terbabit, malah bukan menjadi dasar kerajaan negeri untuk mendedahkan sikap sesetengah pegawai yang bertindak menimbulkan perkara meragukan.

“Bagaimanapun kerajaan negeri terpaksa mempertahankan hak dan dasar yang diperjuangkan sepertimana yang disuarakan melalui manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya lepas. Sikap tidak menghormati pendirian kerajaan oleh kakitangan awam sememangnya satu sikap yang tidak profesional, sedangkan semuanya telah termaktub dan ditentukan oleh Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Beliau turut memaklumkan bahawa kedudukan Jamry adalah berstatus penempatan secara pentadbiran sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred Utama C (Pinjaman).

“...jadi dalam ertikata sebenarnya dipulangkan ke jabatan asalnya.

Bersesuaian dengan statusnya dipinjamkan ke jabatan berkenaan (JAIP) dan yang meminjamkannya ialah kerajaan negeri terdahulu. Oleh itu, setiap sesuatu yang dipinjam eloklah dipulangkan, apa tah lagi sudah tiga tahun beliau dipinjamkan,” katanya.

Pertukaran Jamry ke jabatan asalnya adalah tanpa menjejaskan apa-apa yang sepatutnya diperolehi dan sesuai dengan kelayakannya, katanya.

Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri telah memberi tempoh yang panjang iaitu 40 hari untuk Jamry menyesuaikan diri dan bekerjasama.

“Tempoh 24 jam sepertimana digambarkan itu hanyalah satu proses prosedur.

Beliau juga bukan dinafikan segala hak atas urusan pemindahan itu. Persoalan sewajarnya ialah apakah beliau mengalami apa-apa kerugian daripada arahan itu Pastinya tidak.

“Persoalan kedua, kenapa hal ini dijadikan isu... kerana sebelum ini pun ada pegawai kanan kerajaan ditukarkan dari satu lokasi ke satu lokasi tanpa pengetahuan kerajaan negeri (walaupun ia patut dimaklumkan) tetapi tidak pula menjadi isu,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri hanya membetulkan kredibiliti pentadbiran jabatan berkenaan dan mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan beliau selama memegang jawatan itu.

— BERNAMA

Pengembalian Borang BE 2007 LHDN


Hari last day to submitt....
Biasalah kerja last minute...
Mula-mula try buat taksiran bersama...
Terasa banyak gak kena bayar..
Lepas tu try lak taksiran berasingan
Kena byar sikit..
Tapi masalah nye orang umah tak bukak file lagi...
so suruh dia ambil borang kat LHDN Kg Attap..
Rasenye malam nie baru boleh hantar..
Letak je kat tong yang disediakan kat Wnagsa Maju..
Note : Pemerintah harus ingat bahawa duit yang mereka gunakan..
Bukanlah duit yang datang dari langit..
Oleh itu mereka mesti memerentah secara berhikmah...
Kepala tu jangan asik nak kapooooo duit akyat aje...
Dan jangan nak perasaan dui yang digunakan ...
Adalah duit sendiri atau duit parti..
:-)
Vroom

Monday, April 28, 2008

Naza Cruise NBE 250

Dekat Korea motor nie dikenali Hyosung Aquila GV250 .

Baru je servis 1000 KM

Tukar minyak hitam @RM33 X 2.

Tinggal lagi setengah..

Foremen Naza Kg. Baru kata boleh guna lagi setengah bila datang next service.

Lepas tu tukar Oil filter

Taklah susah sangat...Rasenya boleh buat sendiri nie.

Vroommmm

Friday, April 25, 2008

Anwar Ibrahim Vs ( Najib + Hishamuddin + Ahmad Shaberyi + Bung Mokhtar) = ?????? tungguuuuu

Petikan Kenyataan Pemimpin BN….

Datuk Seri Najib Tun Razak (24/4/08) - berkata, beliau tidak menjangka ada di kalangan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak yang akan mengikuti jejak bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon untuk meninggalkan parti.

Datuk Seri Najib Tun Razak (25/4/08) - berkata, Barisan Nasional (BN) memandang berat dakwaan kononnya sekurang-kurangnya 30 Anggota Parlimen dari parti itu akan menyertai pembangkang bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein has described the statement by Parti Keadilan Rakyat (PKR) adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim that the Pakatan Rakyat would be able to form the federal government no later than Sept 16 as a political game.
"Three weeks ago he said there would be changes in the country's leadership in two weeks. Now two weeks have gone and he said it would happen in September."He can do a lot of prediction, and if its does not come true, then it will only damage his own credibility," said the education minister here Thursday.

Ahmad Shabery Cheek Katanya,”…BN tidak bimbang tentang cakap-cakap bahawa wakil–wakil rakyat mereka akan berpaling tadah kepada PR sebagaimana yang didakwa oleh Penasihat PKR, Anwar Ibrahim. Sebaliknya, PR yang patut bimbang tentang wakil-wakil rakyat mereka yang akan berpindah kepada BN kerana rakyat sangat marah tentang projek ternakan babi moden di Selangor yang menelan belanja RM100 juta....”.

Datuk Bung Mokhtar Radin “Parti Keadilan Rakyat adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim is power crazy.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Komen saya: Sudah ada sedikit percaya juga pada pemimpin BN……
Apalah agaknya rasa mereka2 yang biasa pegang kuasa dan tetiba rasa kuasa tu akan di ambil alih……

Kalaulah pemimpin yang kat atas tu nak tau aku ingat baik berguru dengan DS Khir Toyo. Tajul Rosli Ex MB Kedah dan Ex Cm Penang....

Rumah Untuk Di Jual / House For Sale

Fasa Suakasih
Bandar Tun Hussein Onn
Jalan 2/3A.
Rumah pegangan bebas
22 X 70
3 bilik dan 2 bilik air
Harga: RM220,000-00 nego
Note : As Where is basis

Fakta Maklumat Berkenaan Bandar Tun Husseion Onn
1. Sek Men Bandar Tun Hussein Onn
2. SK Bandar Tun Hussein Onn
3. SK Bandar Tun Hussein Onn 2
4. Dekat Jusco / Econsave
5. McDonalds Drive Thru
6. Lebuhraya /Highway Cheras Kajang
7. Lebuhraya SILK (Balakong to Mines) - Jalan Alternatif







Khir Toyo: Selangor perlu bayar RM17j sebulan kepada Syabas

Selangor perlu bayar RM17j sebulan kepada Syabas

Berita Harian Melapurkan:

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor perlu membayar pampasan kira-kira RM17 juta sebulan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk menunaikan janji memberi air percuma bagi setiap 20 meter padu pertama setiap bulan kepada penduduk negeri itu mulai 1 Jun ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata jumlah itu berdasarkan setiap 20 meter padu air dijual pada harga RM11.40 sebulan dan ada kira-kira 1.5 juta pengguna menggunakan meter individu di seluruh negeri itu. Namun, katanya, kerajaan negeri perlu berbincang dengan Syabas sama ada syarikat utiliti itu mampu menyerap kos itu atau kerajaan negeri perlu membayar pampasan RM17 juta sebulan bagi memenuhi manifesto pilihan raya lalu.

"Jika Syabas tidak mampu menyerap kos itu, maka kerajaan negeri mesti mencari kaedah lain untuk membayar pampasan kepada syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Umno, di sini semalam. Dalam nada sinis, bekas Menteri Besar itu berkata, kerajaan pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas berkemampuan membayar pampasan berkenaan kepada Syabas kerana jumlahnya yang kecil. "Kami mahu kerajaan negeri tidak lagi menangguhkan pelaksanaan air percuma ini.

Dulu mereka janji mahu laksanakan bulan ini tetapi ditangguhkan kepada Jun. Kita harap kerajaan negeri tidak main tarik tali dengan rakyat.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Komen aku:
1. Alhamdulillah nak gak kerajaan nak kongsi kekayaan dng rakyat. Ini tak kekayaan dan hasil mahsul hanya untuk mengkayakan segolongan kaum aje.
Contohnya mamat yang poyo-poyo dari ameno nak jadi tokey babi. Siap mamat tu pegi ngan kawan dia ke jerman nak tengok market.
:-)

Thursday, April 24, 2008

Betapa Mereka Benar-Benar Gelabah!



Semalam di SabahBikin penguasa gelabahAda konco melatahKonon kita merasuah!
Sambutan di dewan sesak, termasuk dikalangan rakyat dan profesional. Majlis disusuli dgn penerimaan ribuan ahli baru.


Sdr Ansari dan Dr Jeffrey memulakan ucapan menekankan masa depan terjamin dibawah KeADILan dan Pakatan Rakyat.

Saya menyorot kembali pengalaman Pilihanraya Umum Ke-12 yang dinodai dengan penipuan dan tipu helah. Namun kemenangan di Semenanjung cukup menakjubkan.
Kita ulangai jaminan keadilan buat semua, royalti minyak 20 peratus.
Maka sukar buat Ahli Parlimen menolak pelawaan kita berdasarkan tawaran yang menunjukkan kepedulian terhadap rakyat.

Tidak ketinggalan menjelang tengah malam adalah celoteh khas secara rahsia dengan ahli parlimen BN!!

ANWAR IBRAHIM
_________________________________________________________________
Jika soal maruah dibangkitkan oleh ameno..
Maka aku berpendapat bahawa..
Dimanakah maruah apabila disaat2 akhir dakwat dibatal...
Adakah bernmaruah jika undi pos nampak tidak telus...
What goes around...
Comes around... katanya Justin Timberlake

Wednesday, April 23, 2008

Pak Rustam : Karya Terakhir

Mahathir lagi: Bilakah semua ini akan reda?

(Note: Saya amat tersentuh membaca karya terakhirnya ini, semoga rohnya dicucuri rahmat)

Oleh Rustam A Sani Selasa, 22 April 2008

SAYA benar-benar kagum akan Mahathir, khususnya terhadap kemampuan dan kedegilannya untuk menyatakan pandangannya.Dia akan terus berkata-kata, meskipun sudah tidak ada lagi orang yang mau mendengar pandangannya itu – kecuali mungkin beberapa orang yang mau memperalatkannya sebagai sumber "pendapat" bagi maksud tertentu – untuk menyerang Abdullah Badawi, misalnya.Dan bagi tahap umurnya, tenaga Mahathir memang luar biasa. Suaranya masih lantang, sebutannya masih jelas – meskipun daya ingatannya ternyata sudah kabur (banyak yang tidak diingatnya atau sudah tersalah ingat), daya analisisnya sudah longgar, rasa hormatnya terhadap lojika, etika, maupun kebenaran jelas sudah berkecai.

Namun, bagi saya, apa yang lebih menakjubkan ialah masih banyak antara kita yang masih sanggup mendengar racauannya itu. Oleh itu, bila Mahathir akan diwawancara untuk rancangan "Hard Talk" baru-baru ini saya menjadi kebanjiran dengan pesanan SMS maupun posting blog tentangnya.Memanglah Mahathir merupakan seorang yang degil, yang tidak puas-puas meracau di mana sahaja. Dia akan berceramah di majlis ceramah anjuran PROWARIS atau bahagian-bahagian Umno yang tertentu, berdebat dalam forum anjuran laman blog MyKMU, ditemuramah oleh Malaysiakini.com, malah menulis kata pengantar untuk buku Dr. Collin Abraham.Tidak ada sesuatu yang baru dalam apa yang diperkatakannya, namun orang tetap akan mendengar malah melaporkannya kembali di tempat lain, di muka akhbar maupun di laman blog. Tidak ada yang mendalam atau profound dalam analisisnya, namun masih banyak yang menganggap kata-katanya sebagai semacam mutiara ilmu.Dan inilah yang menakjubkan saya.

Apakah yang menarik tentang Mahathir ini: mutiara ilmu yang keluar dari mulutnya atau sekadar personanya? Dan apakah yang menarik tentang persona itu – auranya atau sekadar latarbelakang dirinya yang pernah menjadi ahli politik yang memberontak terhadap establishment Umno tetapi kemudiannya bertukar menjadi establishment itu sendiri yang amat menindas?Baru-baru ini Mahathir tampaknya telah berhasil pula menjaja misteri dirinya itu ke luar negara. Dia sanggup ditemuramah di ruangan "Hard Talk" BBC yang terkenal kerana soalan-soalan mendalam lagi kasar terhadap sesiapa sahaja – khususnya para pemimpin negara dunia ketiga.Mahathir memang tahu tentang reputasi rancangan Hard Talk itu, namun naluri dan semangatnya untuk terus berkata-kata itu ternyata tidak akan dapat diredakan. Otot di sekeliling mulutnya yang overdeveloped itu tampaknya tidak akan dapat dilemahkan.

Satu sifat dan sahsiah Mahathir yang asasi sehubungan dengan nalurinya yang mau terus berkata-kata ini ialah sifatnya yang combative – yakni dia akan menyerang bila dia mendapati dirinya terdesak oleh serangan orang lain khusus pihak yang mempersoalkan kredibiliti hujah dan kata-katanya.Dan apabila Mahathir mulai menyerang, dia akan melakukannya secara dogged (hantam keromo, membujur lalu melintang patah). Bila Mahathir menyerang, maka jelaslah terserlah sifatnya yang samasekali tidak menghormati dan mengendahkan kebenaran, fakta, logika atau malah urutan dan tertib hujah yang siuman.

Saya telah melihat perkara ini berlaku beberapa kali sewaktu Mahathir diwawancara oleh media antarabangsa (Mahathir dalam nada prasangkanya sendiri akan mengatakannya "media barat").Beberapa tahun lalu, sewaktu Mahathir ditemuramah oleh Zain Verge dari CNN, bila dia didesak dengan soalan-soalan yang hangat dan pedas, dia akan segera menjadi combative – menuduh sipenemuramah itu sebagai mewakili prasangka "orang putih" yang senantiasa memandang rendah terhadap orang kulit berwarna seperti dirinya.Hakikat yang tidak diendahkan Mahathir ialah hakikat Zain Verge merupakan seorang wanita keturunan Pakistan yang dibesarkan di Afrika – hanya kulitnya sedikit cerah berbanding Mahathir.Kali ini sewaktu menghadapi asakan soalan-soalan panas dari Stephen Sackur, hos rancangan Hard Talk ini, huraian Mahathir tentang prasangka orang Barat terhadap orang pribumi kita tampaknya diasaskan pada ikhtisar pandangan beberapa tokoh pegawai penjajah British satu dua abad lalu seperti Swettenham, Winstedt.

Pandangan berprasangka seperti itu sebenarnya sudah tidak kedengaran lagi hari ini, dan malah hujah seperti yang dikemukakan oleh Mahathir itu juga sejak lama sudah tidak digunakan lagi oleh para pembahas dan sarjana anak negeri. Namun demikianlah adanya vintage Mahathir: dia tidak teragak-agak menggunakan hujah dan mauduk dari dua abad lalu untuk memenangi perdebatan hari ini.Mahathir agak beruntung bila berhadapan dengan para wartawan seperti Zain Verge dan Sackur itu. Mereka ini sebenarnya tidak begitu tahu tentang realiti politik di Malaysia, oleh itu tidak dapat terus bertanya (probing) bila Mahathir memberikan reaksi yang sebenarnya tidaklah seratus peratus tepat.Huraiannya, misalnya, tentang penyingkiran para hakim, tentang pita V. K. Lingam, tentang keadilan yang diterima Anwar dari sistem kehakiman Malaysia sudah pasti akan mengundang asakan yang malah lebih kuat lagi dari seorang wartawan yang lebih tahu tentang Malaysia berbanding Zain maupun Sackur.

Namun Mahathir, bagi saya, tetap merupakan seorang watak awam yang bijak lagi licik. Dia pandai menggunakan segala macam helah dan permainan citra untuk mempertahankan dirinya dan mengelirukan para pendengarnya. Sebab itulah setiap gerak geri maupun kata-katanya akan menarik perhatian, meskipun tidak terdapat barang seurat ketulusan maupun kebijaksanaan dalam penampilan citra dan cendekianya itu.Bilakah permainan penampilan dirinya yang penuh helah ini akan reda – demi menjaga kewarasan dan kesehatan minda (mental hygiene) masyarakat kita sendiri?

Tuesday, April 22, 2008

KAD PINTAR EMAS BARU ASTRO (New Astro Gold Smart Card)


Baru dapat kad tersebut hari khamis minggu lepas..
Cuba2 seperti yang diajar ..
Takleh gak..
Cuba telefon hotline..
Hampeh...engageg memanjang..
Mungkin terlalau banayak pelanggan macam aku yand ada masalah yang sama...
Aku balik kampung..
Ipar aku cakap..
Masa nak tukar mesti pergi ke channel 100..
Aku cuba..
Same je..
Aku dengar cerita..
Bila kita tukar smart card tu...
dia tak boleh diguna kat decoder lain...

Saturday, April 19, 2008

GIVI WINDSHIELD @ NAZA CRUISE NBE250

Almost 2 week with my Cruise..
Masa naik Elegan ..
Takde direct wind bila bawa 100KM/j

Dalam 2 minggu nie ..
Dada rasa sejuk semacam...
So ...Givi Winshiled jadi penyelamat.

I am thinking of getting abetter camera...
currently using my phone camera...
Motorolla V3xx... 1.3MP...
So the final product is as per expected..

Vroooom






Wednesday, April 16, 2008

Nurul Izzah Di Taman Melawati, DUN Hulu Kelang, Parlimen Gombak

Majlis bermula dalam 9:30 malam.
15/4/08

Saya tak berapa pandai nak kira..
Tapi adalah dalam 500 orang yang hadir.
Penceramah adalah terdiri dari YB Puan Nurul Izzah Anwar, YB Pak Abu (Tn Haji Shaari Sungip), YB Amirudin Shaari, YB Dr Hatta.

Biasalahkan ..
kawasan keliling dipenuhi oleh penjaja..
Yang mencari rezeki...

Apa yang masih saya ingin isi-isi ceramah :-)
Puan Nurul banyak menceritakan perkembangan di kawasan Perlimen Lembah Pantai...
Juga mengupas berkenaan peristiwa balck 14.

Pertama kali saya melihat Pak Abu semacam bersemangat...
Beliau pula menceritakan sejarah black 14 untuk direnungi bersama terutama oleh pejuang2 muda..
Bermula dari Septem 1998 hinggalah sehingga 2004..

Inilah kali pertama saya mendengar pidato Amiruddin..
Saya berpendapat...
Bagus jugak YB nie..
InsyaAllah dng pidatonya adalah di harap akan bergegarlah DUN Selangor.
:-) Pidato beliau terpaksa di berhentikan keran tiada nama orang yang sepatutnya berucap dalam permit polis :-)

Orang jauh dari Parlimen Kuala Krai iaaitu YN Dr Hatta..
Menekankan pendidikan kepada rakyat adalah penting..
Bukan hanya menumpukan kepada hal2 remeh saya..
Beliau amat takur jika tindakan kerajaan persekutuan melantik 2 ketua kampung akan mengundang perpecahan rakyat dlam jangka masa panjang..

Dalam 11;30 , majlis pun tamat
Vroooooooom

Tuesday, April 15, 2008

Lebih 20 ribu banjiri Himpunan 'Black 14' : Sebuah Catatan

Catatan dairi Black 14...

Lepas Isyak - dng Naza Cruiser NBE25...... merentas kota KL. aku gunakan jalan secondary. aku rasakan mungkin jalan ini kurang halangan...


9:00 pm - sampai k baru.. parking kat depan rumah PAS (tempah ceramah Anwar Ibrahim masa pilihanraya). Orang ramai bertali arus ke arah KSS.


Terus berjalan ...sayup sayup kedengaran Azmin Ali memulakan ucapan. Pendek aje ucapannya..


Kemudian DS Wan Azizah (tak sampai 100 ayat..). MB selangor mengambil alih dan banyak mengupas puisi WS Rendra . Tak silap adalah berkenaan seekor rajawali yang terkurung. Walaupun terkurung ia tetap bebas......


Agaknya dalam pukul 9:30 ... orang yang dinantikan pula mengambil alih...


Banyak isu2 dan isi2 yang di sampaikan..

Antaranya yang masih aku ingat adalah ketuanan rakyat. Ketuanan melayu sekarang adalah bagi mengkayakan segolongan UMNO dan BN.


Pendidikan: mengenai bahasa yang digunakan untul mengajar Matematik dan Sains.


Ekonomi : DSAI pada 15/4/08 akan ke Qatar sebagai misi perdagangan.


Mahathir : DSAI sudah di cabar 3 kali berkenaan isu yahudi.... Dr Mahathir berurusan dengan pihak Yahudi, membabitkan AS$1.2 juta yang didakwa telah dibayar kepada pelobi Amerika Syarikat, Abramoff untuk mengatur pertemuan beliau (Dr Mahathir) dengan presiden Bush.


Najib : Jika beliaulah menjadi PM bagi mengantikan PakLah maka makin hancurlah Malaysia...


Sabah Sarawak : royalti akan dinaikkan sebanyak 20%


Jam kira2 pukul 10:30 polis masuk bagi menghentikan ceramah. pada masa itu beliau baru menyampaikan bahawa beliau dan Kak Wan terhutang budi dng rakyat yang telah berjuang selama ini. Beliau tidak dapat membayar dng wang ringit dan ahaya tuhan yang kan membalasnya.


Dalam pukul 10:35 aku pun Vroooooooooooom balik rumah...
Esok mau keja ma...

Monday, April 14, 2008

Isu Babi Selangor : Kebenaran akan menjelma juga

Harakahdaily melapurkan...

Isu babi Selangor: Syarikat bumiputera, bekas Adun Umno terlibat
Harakahdaily Mon Apr 14, 08 3:10:10 pm MYT

KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno "di belakangnya", kata seorang pemimpin MCA.
:-) Ada udang di sebalik batu

Menurut laporan Malaysikini, syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
RM100juta - ????:-)

Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Dato' Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.
Karim antara pemimpin Umno yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.
Sementara ketua kampung di Ladang Tumbuk - tempat projek itu diadakan - turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.
Demi kerana RM100juta...takut terlepas

Rabu lalu, 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai membantah projek berkenaan.
Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Menteri Besar Selangor waktu itu Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek tersebut, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang.

Dr Lee menambah, sebelum pembubaran parlimen, kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut.
Ketua biro MCA itu kesal kerana Karim dan ketua kampung itu sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik.
Buat kerja kena ikhlas...

Karim, dihubungi Malaysiakini hari ini, menafikan beliau membantah projek tersebut.
Sementara itu sumber-sumber PKR memberitahu, risalah-risalah penerangan tentang isu tersebut - termasuk maklumat yang didedahkan oleh MCA ini - akan diedarkan kepada penduduk Selangor.

PAS sebelum ini dilaporkan akan menemui rakyat Selangor untuk menjelaskan isu tersebut yang mendapat liputan meluas - yang membawa kesan negatif kepada pentadbiran Pakatan Rakyat - di akhbar-akhbar berbahasa Melayu selama beberapa hari minggu lepas. - mks.

Sakit Tekak, Pening, Selsema : Black 14





Salam,

Start semalam dah rasa tekak semacam..
Ingatkan nak MC hari nie sebab kepala ada pusing dan tekak sakit..
Kalau MC bolehlah rehat sikit..
sebelum Black 14 malam nie..


InsyaAllah kalau ada rezeki nak jumpa Datuk Sri Anwar Ibrahim
Nak juga dengar apa amanat beliau...








Lagi satu ..
kalau MC hari nie...
17/4 tak bolehlak nak cuti lagi..
Pada 17/4/08 kat Jusco Wangsa Maju..
Ada Jusco Member Sales..

Setiap tahun hari nie tak pernah miss.
Masa nie harga barang murah giler...
Boleh gak shopping...
Dah lama dah tahan nafsu nak shopping

vroooom...

Sunday, April 13, 2008

Black 14 at Kelab Sultan Sulaiman Kampung Bharu

Location Plan/Pelan Lokasi ke KSS Kampung Baru


Kelab Sultan Sulaiman in Kg Bharu, KL. The nearest LRT would be the KL Monorail stop near Vision City. The Kg Bharu Putra stop is a bit far.

If you are using the
Jln Sultan Ismail from KL to turn into Kg Bharu, you must turn into Bank Pembangunan and exit from its side exit into Jln Raja Abdullah.

If you are using the
Jln Raja Muda Abdul Aziz, you must turn into Jln Raja Abdullah at the crossroad traffic light near the Stadium/General Hospital intersection. Big event tomorrow..
InsyaAllah I will join in..
Of course with my Naza Cruise NBE25..

Main reason to go..
Is to see, hear for the first time after the election..
Who else ...Anwar Ibrahim...

Parking..
InsyaAllah motor ..no problem..

To whom are using car..
I think have to sacrifice a little..
Maybe have to park for quite far away..

Anyway InsyaAllah c u there..
VROOOOOOM

PIKOM PC Fair

Just coming back from PIKOM PC fair KL Convention..
Reach there about 11:00 AM...
Of cause went there with my Naza cruiser..
Parking my bike in front of OUA..

So many people already..
The last time I remember that is so many people is ..
When I attending one of DSAI (Anwar Ibrahim ) ceramah at Taman Sri Gombak..

I cannot remember what was the last time I visiting PC Fair..
This time around the crowd is much more controllable...
There is about 5 different location to visit..
Massive...


After browsing about
1 hour..
Already made up my mind on the monitor that I want..
Samsung SnycMaster 920NW 19 inch..

!2:30 pack up the monitor behind my cruiser back seat ..
VROOOOOOM...


Now I have a better new monitor...
Most importantly ...
It is better for the eyes of my family...

Vrooom...

Wednesday, April 9, 2008

Impian Vs Kemampuan

I still can remeember my ambitions is..
To become a police officer..
Now ...Hampeh...

I like to ride..
Car for me is only a weekend with my Family.

Motorcyles...
Yes,.. This is my passion




Yamaha Virago 250
Always thinking of this m/bike..
:-) .... Duit tak cukup
InsyaAllah one of this day ..kalu ada rezeki





Modenas Kriss 120
2002 until 2005
Blue color
Sell it to my nephew
Involve in one accident


Modenas Elegan

2005 to April 2008

Purchase price = About RM6500


Repair cost RM500++ (2007)

Trade in value RM3000

Millage is about 45K



Tuesday, April 8, 2008

Naza Cruise NBE250

Salam,



Yesterday 7/4/08 I got my new Naza Cruise.

This is my 3rd motorbike.

Before this I am using Modenas Kriss and Modenas Elegan.



First time cruising...

Alamak.... a little bit kekok..

This is because almost 3 years, not using left hand.

Now left hand become active...



Got it at Naza Dealers at Shah Alam..

Near Politeknik and same premises at Shell (ex Projet) ...

Reason: They doing trade in..

Got quite high value for my Elegan..



BTW whoever want my Elegan ....

Can got it at the the Naza dealer.

Still in good condition especially the engine..

Was taking a good care of it...

Previously for almost 3 years I am using Medenas Elegan.
Powered By Blogger