Lepas Isyak - dng Naza Cruiser NBE25...... merentas kota KL. aku gunakan jalan secondary. aku rasakan mungkin jalan ini kurang halangan...
9:00 pm - sampai k baru.. parking kat depan rumah PAS (tempah ceramah Anwar Ibrahim masa pilihanraya). Orang ramai bertali arus ke arah KSS.
Terus berjalan ...sayup sayup kedengaran Azmin Ali memulakan ucapan. Pendek aje ucapannya..
Kemudian DS Wan Azizah (tak sampai 100 ayat..). MB selangor mengambil alih dan banyak mengupas puisi WS Rendra . Tak silap adalah berkenaan seekor rajawali yang terkurung. Walaupun terkurung ia tetap bebas......

Agaknya dalam pukul 9:30 ... orang yang dinantikan pula mengambil alih...
Banyak isu2 dan isi2 yang di sampaikan..
Antaranya yang masih aku ingat adalah ketuanan rakyat. Ketuanan melayu sekarang adalah bagi mengkayakan segolongan UMNO dan BN.
Pendidikan: mengenai bahasa yang digunakan untul mengajar Matematik dan Sains.
Ekonomi : DSAI pada 15/4/08 akan ke Qatar sebagai misi perdagangan.
Mahathir : DSAI sudah di cabar 3 kali berkenaan isu yahudi.... Dr Mahathir berurusan dengan pihak Yahudi, membabitkan AS$1.2 juta yang didakwa telah dibayar kepada pelobi Amerika Syarikat, Abramoff untuk mengatur pertemuan beliau (Dr Mahathir) dengan presiden Bush.
Najib : Jika beliaulah menjadi PM bagi mengantikan PakLah maka makin hancurlah Malaysia...
Sabah Sarawak : royalti akan dinaikkan sebanyak 20%
Jam kira2 pukul 10:30 polis masuk bagi menghentikan ceramah. pada masa itu beliau baru menyampaikan bahawa beliau dan Kak Wan terhutang budi dng rakyat yang telah berjuang selama ini. Beliau tidak dapat membayar dng wang ringit dan ahaya tuhan yang kan membalasnya.
Dalam pukul 10:35 aku pun Vroooooooooooom balik rumah...
Esok mau keja ma...

No comments:
Post a Comment