Selangor perlu bayar RM17j sebulan kepada Syabas
Berita Harian Melapurkan:
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor perlu membayar pampasan kira-kira RM17 juta sebulan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk menunaikan janji memberi air percuma bagi setiap 20 meter padu pertama setiap bulan kepada penduduk negeri itu mulai 1 Jun ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata jumlah itu berdasarkan setiap 20 meter padu air dijual pada harga RM11.40 sebulan dan ada kira-kira 1.5 juta pengguna menggunakan meter individu di seluruh negeri itu. Namun, katanya, kerajaan negeri perlu berbincang dengan Syabas sama ada syarikat utiliti itu mampu menyerap kos itu atau kerajaan negeri perlu membayar pampasan RM17 juta sebulan bagi memenuhi manifesto pilihan raya lalu.
"Jika Syabas tidak mampu menyerap kos itu, maka kerajaan negeri mesti mencari kaedah lain untuk membayar pampasan kepada syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Umno, di sini semalam. Dalam nada sinis, bekas Menteri Besar itu berkata, kerajaan pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas berkemampuan membayar pampasan berkenaan kepada Syabas kerana jumlahnya yang kecil. "Kami mahu kerajaan negeri tidak lagi menangguhkan pelaksanaan air percuma ini.
Dulu mereka janji mahu laksanakan bulan ini tetapi ditangguhkan kepada Jun. Kita harap kerajaan negeri tidak main tarik tali dengan rakyat.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Komen aku:
1. Alhamdulillah nak gak kerajaan nak kongsi kekayaan dng rakyat. Ini tak kekayaan dan hasil mahsul hanya untuk mengkayakan segolongan kaum aje.
Contohnya mamat yang poyo-poyo dari ameno nak jadi tokey babi. Siap mamat tu pegi ngan kawan dia ke jerman nak tengok market.
:-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment